Sunday, February 7, 2010

tools untuk merancang kewangan



Assalamualaikum.... harap harap semua suksess dan gembira. lama betul jakethitam menyepikan diri. mulai minggu ini jakethitam akan cuba luangkan masa untuk terus update tips-tips terkini untuk merancang kewangan seterusnya misi untuk kita semua menjadi kayooo tercapai ..kui3.

ramai kat luar tu, makcik-makcik, pakcik-pakcik dan cik-cik serta abang-abang call jakethitam maklum dah tengok blog jakethitam tapi banyak tak update. mintak maap lerr sebab jakethitam nie bekerja macam korang jugak. belum sepenuhnya surirumah..kekekekek. walaupun jakethitam akui masa agak terbatas dan sibuk dengan kerja di pejabat ( tengoklah keadaan kat belakang tu..berserabut) balik pun lambat.. sampai rumah pun dah dekat jam 9.00 malam tapi azam jakethitam untuk membimbing kaum bumiputra menjadi senang dan kayooo akan terus membara... hidup melayu..hidup jakethitam.

oklah malas nak tulis panjang-panjang nanti korang semua malas pulak..biasa lerr tabiat orang melayu.. bagi mereka yang ingin mempelajari kaedah odASB nie..korang semua bolehlah start dulu cara untuk menjejaki aliran wang terlebih dahulu.

bersama-sama ini jakethitam attachkan sekali link untuk anda semua cuba dan mulai menjejaki aliran wang anda terlebih dahulu sebelum mula untuk membuat pelaburan dengan mengunakan teknik ODASB ini. semoga berjumpa anda di puncak kejayaan........salam dari jakethitam

http://www.myfinancex.com/ . lupa lak.. nie free jerr ooooo... semua under jakethitam free ajerrr.. kan best tu...kayo dengan teknik freeee..kui3

Thursday, January 14, 2010

TIPS JIMAT CERMAT KAEDAH JAKETHITAM


SELAMAT TAHUN BARU 2010. lama dah jakethitam tak update blog nie. walaubagaimanapun ramai jugak yang call jakethitam tanya bila kelas odasb/pelaburan emas akan mula semula. buat masa nie jakethitam terlalu sibuk dengan urusan 'MANTOP'kan kewangan jakethitam. insyaallah jakethitam akan maklumkan dari semasa ke semasa.


oklah malas nak borak kosong, buang masa jer...hari ini sempena kehadiran tahun baru, marilah kita sama-sama menanamkan ke'AZAM'an untuk menambahkan pendapatan bersih kita disamping memiliki sebanyak mana aset untuk bekalan di masa hadapan.

sesuai dengan bulan januari ini, jakethitam nak kongsikan beberapa tips yang menjimatkan wang dan boleh menambahkan pendapatan kita sekiranya kita mempraktikkan perkara-perkara yang jakethitam syorkan asalkan korang semua membuang perasaan malas dan malu. AYUH.... mulakan perubahan hari ini juga.....

tips jimat cermat secermat-cermatnya:-
- jangan makan walaupun perut masih kenyang lagi ...maksudnya walaupun sebenarnya kita tak lapar lagi masa tu, bila member ajak gi kedai mamak kita pun ikut dan order makan sekali. kan membazir tu...>>>bukan lapar pun

- jangan top-up credit phone untuk mesej kengkawan - maksudnya usah top-up credit phone semata-mata nak main sms dengan member. baik jumpa terus..boleh sembang sampai besok malam. hehehehehehe

- repair sendiri kerosakan kecil di rumah- maksudnya kalau setakat kerosakan kecil seperti paip bocor, singki tersumbat dan lain-lain tak perlu memanggil tukang paip kerana caj yang dikenakan adalah tinggi contohnya RM40 berbanding repair sendiri. hanya perlu beli barangnya sahaja.silap-silap tak sampai RM5.00 pun. serampang dua mata...pengalaman pun dapat.

-kurangkan perbelanjaan seperti baju, kasut atau apa-apa barang yang tidak perlu -hanya perlu kekalkan yang lama dengan cara ubah teknik dan cara menyimpan barangan tersebut agar ianya nampak sentiasa baru dan cantik.

-sentiasa meminta diskaun ketika berbelanja - maksudnya jika kita makan tengahari RM4.30, ringankan mulut meminta diskaun. kalau hati peniaga tu terbuka insyaalllah dia akan bagi RM4 ajer...jimat 30 sen. kalau 1 hari kita beli 10 barang dapat diskaun bermakna 10 X 30 sen = RM3.00 sehari. sebulan??? setahun????sampai pencen????kui3

- gunakan kad kredit yang boleh memberikan kebaikan dan manfaat kepada kita seperti memberikan diskaun, nenberikan debit, kupon, baucer dan hadiah. bagi mereka yang mempunyai kad kredit yang problem jangan gunakan lagi malah kekalkan pembayaran sampai abis. kalau tak boleh juga..buat EPP skim. boleh jumpa jakethitam kalau nak penerangan lebih lanjut..hehehehe

dah laaa..letihlahhh...nanti jakethitam update lagi. banyak lagi jakethitam nak masuk kat blog ni...tapi lain kali ajer laaa..cukuplah sampai kat sini keyyy .....

Friday, November 20, 2009

KELAS ODASB + PELABURAN EMAS







Salam semua....

hari ini jakethitam nak umumkan berita yang amat mengembirakan kepada peminat-peminat ilmu kewangan iaitu kelas ODASB + Pelaburan Emas. kelas ini akan menerangkan pelbagai tips dan ilmuan mengenai kewangan dan strategi untuk memantapkan lagi bagi mencapai ke arah kebebasan kewangan . yang bestnya kelas nie FREE jerrr..tak caya..kena tanya anak murid jakethitam yang pernah berguru dengan jakethitam...hehehehehee..carik lah sendiri key..

bagi mereka yang berminat sahaja untuk belajar dan mempelajari ilmu ODASB + Pelaburan Emas ini bolehlah mendaftarkan nama , pekerjaan, lokasi, no h/phone, umur ke email jaketkelas@yahoo.com dan sms ke 017-2804897.

kelas ini akan diadakan di DJU cafe berhampiran Jaya Jusco Cheras Selatan/ Econsave Alam Damai jam 8.30 malam. buat masa ini kelas ODASB/pelaburan emas di tutup sementara waktu bagi memberikan laluan kepada jakethitam untuk merancang strategi bagi memantopkan lagi pendapatan sepanjang tahun 2010 ini. lebih -lebih lagi pengumuman dividen ASB yang diterima baru-baru ini..masyukkkkk lagi..kueng..kueng..kueng...

Saturday, October 31, 2009

PELABURAN EMAS...memang menguntungkan

Peluang perniagaan Emas Public Gold. (melabur sambil berjual beli)

maklumat lanjut dan terkini.. http://jakethitamgold.blogspot.com/

Alhamdulillah, kini anda boleh menjadi tokey emas tanpa kedai di mana-mana sahaja kerana kini Public Fine Gold International Sdn. Bhd (Public Gold) telah membuka peluang kepada anda untuk meningkatkan pendapatan dan kekayaan dengan Emas.....



Wednesday, October 21, 2009

PETUA DAN TIPS KEWANGAN - AMALKAN TAU..


Mungkin korang semua terkejut apsal jakethitam letak gambar telor yang dah pecah kat sebelah ni...heheehe..sebab jakethitam akan pecahkan RAHSIA dan TIPS KEWANGAN yang selama ini mungkin kita terlupa atau memang kita tak tahu mengenai kewangan walaupun kita tahu kewangan itu amat penting dalam kehidupan.
Petua nie simple ajer dan mungkin korang semua dah sedia maklum tapi jakethitam just nak ingatkan kembali..mungkin ada yang tertinggal selama ini.

1) buat catitan dan kajian setiap perbelanjaan kita setiap hari setiap minit dan setiap saat
. confirm korang kata jakethitam nie gilooo..tapi tu lah sebenarnya ibu segala -galanya kalau nak jadi kaya dan jutawan. apa yang diperlukan kat sini hanya lebih utamakan keperluan daipada kehendak kerana nafsu memang tak pernah PUAS. hehehehe...

2) Berjimat dengan memasak di rumah berbanding makan kat luar (KFC,RESTORAN, KOPITIAM, WARUNG, dan lain-lain yang sewaktu dengannya) sebelum keluar dari rumah/ bershopping sakan. sebab apa jika perut dah kenyang semua barang atau keinginan nak itu dan nak ini akan berkurangan dan sekaligus menjimatkan wang anda...hehehehe..betul tak. contoh bulan posa lerr..lepas berbuka..cuba pergi shopping kat pasaraya...confirm tak masuk ruangan makanan/roti.

3. waspada dengan mesin besi (MESIN ATM)
- jangan asyik nak cucuk jerr kat dalam mesin ATM tu...bukan apa..sekarang nie semua mesin ATM bank dah kenakan caj setiap kali pengeluaran. sekali kuar guna meps kena caj RM1.00 kalau seminggu 3 kali cucuk, sebulan dah berapa?? setahun??? kan rugi nama tu....

4. cuba libatkan pasangan anda dalam perancangan kewangan . (utk yang dah kawin yeaa....yang belum tu..pandai-pandai je lah). ambil langkah berbincang dengan pasangan anda tentang matlamat kewangan dan simpanan dan libatkan mereka bersama dalam penyediaan bajet bulanan keluarga.

5. Kurangkan hutang anda - pengurangkan perbelanjaan anda hanya kepada keperluan berdasarkan kemampuan kewangan diri anda adalah penting. umpama anda kurangkan gula, garam dan bahan perisa dalam setiap hidangan masakan anda.walaupun tak sedap tapi baik untuk kesihatan badan anda.. paham kan.... senaraikan semua bentuk pinjaman dan hutang anda berserta faedahnya sekali dan selesaikan terlebih dahulu hutang yang interestnya tinggi.

6. tetapkan simpanan secara automatik - dapatkan arahan tetap potongan secara automatik atau auto debit dari akaun simpanan (gaji) ke akaun unit amanah (asb / unit trust) tak pun beli emas 1 dinar kat jakethitam. mulakan dengan jumlah yang kecil dulu dan tingkatkan kalau dah mampu kemudian. kesan dia...fuhhhh..lu fikirlah sendiri...kui..kui..kui

7. bayar lebih daripada bayaran minima ansuran - jangan membayar pada kadar minima sahaja jika anda mempunyai pinjaman hutang jangka masa panjang tetapi bayarlah lebih sedikit dari yang ditetapkan oleh bank dan sebaiknya anda membayar setiap 2 kali sebulan. kesannya pinjaman anda akan tamat lebih awal. bab ini akan diciterkan dalam bab hartanah nanti.

8. lakukan sendiri - sedar atau tidak ramai antara kita yang tidak menyedari akan kebanyakkan perkara yang mereka bayar sesuatu perkhidmatan atau barang sebenarnya boleh dilakukan oleh mereka sendiri. contohnya makanan dan minuman. mengapa anda perlu minum di kedai sedangkan anda boleh membancuhnya sendiri? begitu juga dengan makanan dan perkhidmatan mencuci kereta. bukankah jika kita sendiri mencuci kereta sendiri kita dapat menyelamatkan RM10 atau lebih dan mempunyai kesihatan yang sihat?

so apa lagi ...tips dah didedahkan tapi jika anda hanya membaca dan tidak melakukan 8 perkara tersebut...anda akan terus gagal dalam kewangan... confirm...hehehe.....wassalam

PELABURAN HARTANAH...JUAL/BELI...UNTUNG KER??







Wahhh..lihat gambar di sebelah ni..cantik kan. tak teringin ker suatu hari nanti kita pulak yang duduk dan tinggal kat dalam rumah yang besar ini. tapi kalau sekadar berangan jerr..tak menjadi jugak... apa yang penting...kerjasama..heheheh..macam wonderpets plak.... yang paling penting...strategi camner dengan modal minimun atau kosong kita masih mampu beli rumah. dengan kata lain....zero kos tapi dapat rumah.....heheheheh..tu semua strategi cam ner nak manipulasi sistem bank dan lawyer.





mungkin ramai yang kata jakethitam menipu tapi bagi yang pengamal tegar rumah lelong dan rumah jual nie...dia cuma senyummm jerr..makner nya..rahsia mereka sebelum ni dah mula diketahui orang ramai...hehehehe...nanti jakethitam dedahkan satu -persatu....bab rumah nie akan ambil masa sikit..sebab banyak ketegori dia........



Pelaburan Hartanah lagi best....nak lagi kalau pandai main permainan rumah lelong nie..berbaloi-baloi



Monday, October 19, 2009

KAD KREDIT - satu beban atau kebaikan???















salam semua...

tajuk kali ini agak mencabar sikit dan rasanya hampir 80% rakyat malaysia menggunakan kad kredit berbanding cash. so rasanya jakethitam nak share sedikit ilmu dan teknik camner kad kredit ni berupaya menjadi balaci kita sampai mati...hehehehehe... wahhh..menarik nie... tunggu....jap lagi aku sambung..dah masuk waktu magrib...





tunggu tau...

Saturday, October 17, 2009

LOAN PERIBADI KHAS UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN BERSTATUS KONTRAK SAHAJA


Peluang pekerja-pekerja kakitangan kerajaan yang berstatus kontrak yang bersepah di seluruh malaysia untuk buat pinjaman peribadi walaupun sebelum ni permohonan loan mereka di 'reject' oleh bank. kecian mereka..


Jangan risau dan putus ada..kerana masih ada lagi sinaran harapan untuk mereka...

mohonlah pinjaman peribadi dari koperasi under group jakethitam. pasti sukses..


mahukan maklumat lanjut...hehehee..seperti biasa hubungi jakethitam 017-2804897 atau email ke groupjakethitam@yahoo.com (nama, pekerjaan, tarikh lahir, no h/p-, gaji tetap, elaun tetap, potongan sebulan, jumlah pinjaman yang diperlukan dan apa sahaja yang perlu diberitahu untuk jakethitam buat kiraan)...hehehe.

ada 2 ketegori pinjaman:-

- pinjaman lebih dari RM40,000 ( 5.9% setahun , tanpa penjamin,maksimum RM150,000.00,sehingga 15 thn)
-
pinjaman dari RM10,000 hingga RM30,000 ( 6 tahun sahaja)

TEKNIK ODASB - MANIPULASI SISTEM BANK

hari ini aku nak ajar teknik ODASB untuk manipulasi sistem bank. banyak juga kelebihannya. boleh digunakan untuk menambahkan pendapatan dan kekayaan tanpa melibatkan orang lain. semuanya kita yang uruskan A-Z. kalau silap uruspun ianya adalah disebabkan oleh kita sendiri yang tamak dan tak sabar...hehehehe....

berikut diterangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjadi kaya....hehehehe

module pertama.... baca dan paham betul-betul.....tak paham..baca berulang kali....

1) pastikan anda mempunyai duit sebanyak RM12,000 (minima)
kalau tak cukup, buat pinjaman/ pinjam kat adik-beradik/ pinjam kat ayah/ pinjam kengkawan/ simpan sikit-sikit sampai cukup/ pinjam duit bini dulu/buat overlaped pinjaman/ refinance rumah, apa sahaja tapi jangan pulak mencuri atau merompak. kalau kena tangkap , jakethitam tak tau haaa..

2)Masukkan semua sekali duit yang ada ke dalam ASB, jangan tinggal satu sen pun.pergi ke PNB dan tukarkan duit dalam buku ASB tu ke sijil ASB. bawa sekali buku ASB.

3)lepas tu bawa sijil ASB tu ke bank (rhb bank) untuk buat od (overdraf facility).bank akan kasi 95% dari nilai sijil asb tu. proses kelulusan hanyalah seminggu sahaja dan duit akan masuk ke akaun semasa anda dalam tempoh 3 minggu selepas kelulusan.

4) dah lulus maka bank akan beri ATM card, DotCom card, Cheque book. maka bermulalah episod kekayaan anda...hehehehehe..kena pandai urus beb..pasal duit tu duit hutang........ setiap hari kalau pakai kena interest....

module kedua....

Jakethitam nak share pengiraan-pengiraan dan fungsi-fungsi OD ASB..
Salah satu tujuan utama OD ASB nie supaya kita boleh maksimumkan saving kita…. sebagai contoh, kata lah sebelum nie kita cuma saving ke dalam ASB RM300 sebulan tapi kalau guna kaedah OD ASB kita boleh gandakan saving sampai RM600.. tapi sebelum tue masing-masing kenalah tahu masing-masing punya tahap kewangan dan juga cashflow sebab setiap orang mempunyai cara perbelanjaan yang berbeza..

sebagai permulaan katakan kita ada duit simpanan

ASB = RM11000 (jumlah minimum nak memohon OD ASB)
Bank akan bagi 95% dari jumlah ASB 95% x RM11000 = RM10450

Sebelum ini katakanlah kita saving RM100 tiap-tiap bulan ke dalam ASB.. dari kaedah OD ASB nie kita cuba simpan dalam ASB kita RM200 tiap-tiap bulan.. jadi dalam 1 tahun kita akan simpan/guna RM2400, dividen ASB 8.5%. (nie contoh jer )

jadi pada tahun ke-2..

Kita dapat dividen pada jumlah simpanan yang memang ada RM11000 + dividen daripada yang kita simpan tiap-tiap bulan dari akaun OD ke dalam ASB RM2400 jadi jumlah dividen yang diperolehi adalah RM1139.. dividen yang kita dapat nie kita masukkan semula ke dalam akaun OD..

Ulang langkah2 tersebut setiap tahun dan kita akan lihat pada permulaannya baki akaun OD kita akan berkurang tapi lama-kelamaan baki tersebut akan bertambah semula sebab semakin banyak dividen yang kita dapat kerana simpanan kita semakin bertambah..

sebagai ringkasan untuk pengiraan tersebut:

ASB = RM11000 OD = 95% x RM11000 = RM10450 dividen 8.5%

tahun pertama jumlah OD yang digunakan = RM2400 baki OD = RM10450 - RM2400 = RM8050
tahun ke-2 jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 = RM13400

awal tahun ke-2 kita akan memperolehi dividen ASB dividen ASB = 8.5% x (RM11000 + RM2400) = RM1139
keluarkan dividen tadi dan masukkan semula ke dalam akaun OD baki akaun OD = RM8050 + RM1139 = RM9189
seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-2 = RM2400 setahun baki OD sekarang = RM9189 - RM2400 = RM6789

tahun ke-3 jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 = RM15800 dividen ASB = 8.5% x 15800 = RM1343 baki akaun OD = RM6789 + RM1343 = RM8132 seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-3 = RM2400 setahun baki OD = RM8132 – RM2400 = RM5732

tahun ke-4 jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 = RM18200 dividen ASB = 8.5% x 18200 = RM1547 baki akaun OD = RM5732 + RM1587 = RM7279 seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-4 = RM2400 setahun baki OD = RM7279 – RM2400 = RM4879

tahun ke-5 jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM20600 dividen ASB = 8.5% x RM20600 = RM1751 baki akaun OD = RM4879 + RM1751 = RM6630 seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-5 = RM2400 setahun baki OD = RM6630 – RM2400 = RM4230

tahun ke-6 jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM23000 dividen ASB = 8.5% x RM23000 = RM1955 baki akaun OD = RM4230 + RM1955 = RM6185 seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-6 = RM2400 setahun baki OD = RM6185 – RM2400 = RM3785

tahun ke-7 jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM25400 dividen ASB = 8.5% x RM25400 = RM2159 baki akaun OD = RM3785 + RM2159 = RM5944 seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-7 = RM2400 setahun baki OD = RM5944 – RM2400 = RM3544
so kat sini kita dah boleh nampak baki ASB kita pada tahun ke-7 dah ada RM25400.. bermakna kita dah pun berjaya menggandakan simpanan kita dalam masa 7 tahun tanpa usik perbelanjaan harian kita sebab duit yang digunakan adalah duit daripada akaun OD kita..
setiap tahun ulang balik kaedah yang sama..

tahun ke-8 jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM27800 dividen ASB = 8.5% x RM27800 = RM2363 baki akaun OD = RM3544 + RM2363 = RM5907 seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-8 = RM2400 setahun baki OD = RM5907 – RM2400 = RM3507

tahun ke-9 jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM30200 dividen ASB = 8.5% x RM30200 = RM2567 baki akaun OD = RM3507 + RM2567 = RM6074 seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-9 = RM2400 setahun baki OD = RM6074 – RM2400 = RM3674

tahun ke-10 jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM32600 dividen ASB = 8.5% x RM32600 = RM2771 baki akaun OD = RM3674 + RM2771 = RM6445 seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-10 = RM2400 setahun baki OD = RM6445 – RM2400 = RM4045

so kat sini kita nampak baki akaun OD dah mula menunjukkan pertambahan semula pada tahun ke-9, 10 dan seterusnya akan semakin bertambah..

untuk tahun-tahun seterusnya bolehlah cuba kira sendiri..

pada masa yang sama disebabkan kita guna OD ASB nie berdasarkan interest 6.75%, maka interest akan dikenakan sebanyak

RM2400 x 6.75% = RM162 setahun RM2400 x 6.75% / 12 = RM13.50 sebulan RM2400 x 6.75% / 365 = RM0.44 sehari



hehehe...berminat nak tahu lebih lanjut....camne nak tambahkan kekayaan lagi dengan teknik ODASB ni...hubungilah jakethitam 017-2804897 . nak tahu camner nak kurangkan interest dia, nak tambahkan jumlah ASB dalam akaun, nak guna kad kredit dengan 0% interest,nak menang kereta setiap bulan, nak main emas dan hartanah dan macam-macam lagi...tiada bayaran dikenakan . ianya PERCUMA...pasal jakethitam pun berguru dengan sifu AHMAD100 dan sifu khairol bebashutang....tu semua amal jariah jakethitam... jakethitam nak wujudkan network yang terbesar di Malaysia ni. Network Jakethitam..wowwwww...best

Friday, October 16, 2009

Pinjaman Peribadi Bank Rakyat


PROMOSI TERKINI DARI BANK RAKYAT.......PINJAMAN SEHINGGA RM200K SELAMA 20 TAHUN KADAR 3.25%
untuk kakitangan kerajaan dan swasta terpilih sahaja (biro angkasa dan PGM)

- Pinjaman peribadi sehingga RM200,000.00 selama 20 tahun pada kadar serendah 3.25% setahun.
- kelulusan segera, tanpa penjamin dan cagaran, tanpa pendahuluan.

kakitangan kerajaan/badan berkanun :
- gaji minima RM700 (++elaun tetap)
- telah berkhidmat lebih 6 bulan / disahkan jawatan
- seorang penjamin jika berkerja kurang 6 bulan.

kakitangan swasta (potongan gaji majikan sahaja)
- gaji minima RM1500 (++elaun tetap)
- telah berkhidmat lebih 6 bulan dan disahkan jawatan
- bayaran balik melalui potongan gaji majikan
- mestilah panel bank rakyat
- seorang penjamin jika kurang 6 bulan bekerja .

Dokumen yang perlu disediakan :
- 3 salinan kad pengenalan
- penyata gaji asal 3 bulan terkini beserta salinannya
- surat pengesahan jawatan
- penyata bank gaji dikreditkan(3 bulan)
- penyata cukai (borang J/EA/KWSP)













apa lagi...hubungi jakethitam segera di talian 017-2804897 atau email ke groupjakethitam@yahoo.com