Saturday, October 17, 2009

TEKNIK ODASB - MANIPULASI SISTEM BANK

hari ini aku nak ajar teknik ODASB untuk manipulasi sistem bank. banyak juga kelebihannya. boleh digunakan untuk menambahkan pendapatan dan kekayaan tanpa melibatkan orang lain. semuanya kita yang uruskan A-Z. kalau silap uruspun ianya adalah disebabkan oleh kita sendiri yang tamak dan tak sabar...hehehehe....

berikut diterangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjadi kaya....hehehehe

module pertama.... baca dan paham betul-betul.....tak paham..baca berulang kali....

1) pastikan anda mempunyai duit sebanyak RM12,000 (minima)
kalau tak cukup, buat pinjaman/ pinjam kat adik-beradik/ pinjam kat ayah/ pinjam kengkawan/ simpan sikit-sikit sampai cukup/ pinjam duit bini dulu/buat overlaped pinjaman/ refinance rumah, apa sahaja tapi jangan pulak mencuri atau merompak. kalau kena tangkap , jakethitam tak tau haaa..

2)Masukkan semua sekali duit yang ada ke dalam ASB, jangan tinggal satu sen pun.pergi ke PNB dan tukarkan duit dalam buku ASB tu ke sijil ASB. bawa sekali buku ASB.

3)lepas tu bawa sijil ASB tu ke bank (rhb bank) untuk buat od (overdraf facility).bank akan kasi 95% dari nilai sijil asb tu. proses kelulusan hanyalah seminggu sahaja dan duit akan masuk ke akaun semasa anda dalam tempoh 3 minggu selepas kelulusan.

4) dah lulus maka bank akan beri ATM card, DotCom card, Cheque book. maka bermulalah episod kekayaan anda...hehehehehe..kena pandai urus beb..pasal duit tu duit hutang........ setiap hari kalau pakai kena interest....

module kedua....

Jakethitam nak share pengiraan-pengiraan dan fungsi-fungsi OD ASB..
Salah satu tujuan utama OD ASB nie supaya kita boleh maksimumkan saving kita…. sebagai contoh, kata lah sebelum nie kita cuma saving ke dalam ASB RM300 sebulan tapi kalau guna kaedah OD ASB kita boleh gandakan saving sampai RM600.. tapi sebelum tue masing-masing kenalah tahu masing-masing punya tahap kewangan dan juga cashflow sebab setiap orang mempunyai cara perbelanjaan yang berbeza..

sebagai permulaan katakan kita ada duit simpanan

ASB = RM11000 (jumlah minimum nak memohon OD ASB)
Bank akan bagi 95% dari jumlah ASB 95% x RM11000 = RM10450

Sebelum ini katakanlah kita saving RM100 tiap-tiap bulan ke dalam ASB.. dari kaedah OD ASB nie kita cuba simpan dalam ASB kita RM200 tiap-tiap bulan.. jadi dalam 1 tahun kita akan simpan/guna RM2400, dividen ASB 8.5%. (nie contoh jer )

jadi pada tahun ke-2..

Kita dapat dividen pada jumlah simpanan yang memang ada RM11000 + dividen daripada yang kita simpan tiap-tiap bulan dari akaun OD ke dalam ASB RM2400 jadi jumlah dividen yang diperolehi adalah RM1139.. dividen yang kita dapat nie kita masukkan semula ke dalam akaun OD..

Ulang langkah2 tersebut setiap tahun dan kita akan lihat pada permulaannya baki akaun OD kita akan berkurang tapi lama-kelamaan baki tersebut akan bertambah semula sebab semakin banyak dividen yang kita dapat kerana simpanan kita semakin bertambah..

sebagai ringkasan untuk pengiraan tersebut:

ASB = RM11000 OD = 95% x RM11000 = RM10450 dividen 8.5%

tahun pertama jumlah OD yang digunakan = RM2400 baki OD = RM10450 - RM2400 = RM8050
tahun ke-2 jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 = RM13400

awal tahun ke-2 kita akan memperolehi dividen ASB dividen ASB = 8.5% x (RM11000 + RM2400) = RM1139
keluarkan dividen tadi dan masukkan semula ke dalam akaun OD baki akaun OD = RM8050 + RM1139 = RM9189
seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-2 = RM2400 setahun baki OD sekarang = RM9189 - RM2400 = RM6789

tahun ke-3 jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 = RM15800 dividen ASB = 8.5% x 15800 = RM1343 baki akaun OD = RM6789 + RM1343 = RM8132 seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-3 = RM2400 setahun baki OD = RM8132 – RM2400 = RM5732

tahun ke-4 jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 = RM18200 dividen ASB = 8.5% x 18200 = RM1547 baki akaun OD = RM5732 + RM1587 = RM7279 seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-4 = RM2400 setahun baki OD = RM7279 – RM2400 = RM4879

tahun ke-5 jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM20600 dividen ASB = 8.5% x RM20600 = RM1751 baki akaun OD = RM4879 + RM1751 = RM6630 seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-5 = RM2400 setahun baki OD = RM6630 – RM2400 = RM4230

tahun ke-6 jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM23000 dividen ASB = 8.5% x RM23000 = RM1955 baki akaun OD = RM4230 + RM1955 = RM6185 seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-6 = RM2400 setahun baki OD = RM6185 – RM2400 = RM3785

tahun ke-7 jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM25400 dividen ASB = 8.5% x RM25400 = RM2159 baki akaun OD = RM3785 + RM2159 = RM5944 seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-7 = RM2400 setahun baki OD = RM5944 – RM2400 = RM3544
so kat sini kita dah boleh nampak baki ASB kita pada tahun ke-7 dah ada RM25400.. bermakna kita dah pun berjaya menggandakan simpanan kita dalam masa 7 tahun tanpa usik perbelanjaan harian kita sebab duit yang digunakan adalah duit daripada akaun OD kita..
setiap tahun ulang balik kaedah yang sama..

tahun ke-8 jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM27800 dividen ASB = 8.5% x RM27800 = RM2363 baki akaun OD = RM3544 + RM2363 = RM5907 seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-8 = RM2400 setahun baki OD = RM5907 – RM2400 = RM3507

tahun ke-9 jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM30200 dividen ASB = 8.5% x RM30200 = RM2567 baki akaun OD = RM3507 + RM2567 = RM6074 seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-9 = RM2400 setahun baki OD = RM6074 – RM2400 = RM3674

tahun ke-10 jumlah simpanan ASB = RM11000 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 + 2400 = RM32600 dividen ASB = 8.5% x RM32600 = RM2771 baki akaun OD = RM3674 + RM2771 = RM6445 seterusnya kita tambahkan lagi saving ASB untuk tahun ke-10 = RM2400 setahun baki OD = RM6445 – RM2400 = RM4045

so kat sini kita nampak baki akaun OD dah mula menunjukkan pertambahan semula pada tahun ke-9, 10 dan seterusnya akan semakin bertambah..

untuk tahun-tahun seterusnya bolehlah cuba kira sendiri..

pada masa yang sama disebabkan kita guna OD ASB nie berdasarkan interest 6.75%, maka interest akan dikenakan sebanyak

RM2400 x 6.75% = RM162 setahun RM2400 x 6.75% / 12 = RM13.50 sebulan RM2400 x 6.75% / 365 = RM0.44 sehari



hehehe...berminat nak tahu lebih lanjut....camne nak tambahkan kekayaan lagi dengan teknik ODASB ni...hubungilah jakethitam 017-2804897 . nak tahu camner nak kurangkan interest dia, nak tambahkan jumlah ASB dalam akaun, nak guna kad kredit dengan 0% interest,nak menang kereta setiap bulan, nak main emas dan hartanah dan macam-macam lagi...tiada bayaran dikenakan . ianya PERCUMA...pasal jakethitam pun berguru dengan sifu AHMAD100 dan sifu khairol bebashutang....tu semua amal jariah jakethitam... jakethitam nak wujudkan network yang terbesar di Malaysia ni. Network Jakethitam..wowwwww...best

15 comments:

  1. PNB tue ada di mana??

    ReplyDelete
  2. Salam
    Pengiraan nie tak termasuk interest yang dikenakan sewaktu duit dikeluarkan dari od setiap tahun kan?

    boleh tak buat pengiraan semula dengan memasukkan sekali interest yg dikenakan terhadap duit yg dikeluarkan dari od setiap tahun dan masukkan juga jumlah zakat simpanan yang dikenakan terhadap simpanan asb.

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  3. salam...mengapa tidak ambik terus asb loan RM200.00...ambil selama 25 tahun..bayar pada tahun pertama je..tahun berikutnya dividen yang cover?susah2 lagi mahu top up tahun2..kalau kuat iman oklah,kalau tidak kompom terpakai duit od tu..banyak godaan klu ada duit ni....

    ReplyDelete
  4. Rm200k la..sorry tidak lengkap angka diatas..

    ReplyDelete
  5. salam..jika sudi,saya nk belajar teknik odasb lah dari tuan,

    tq dari paklong97
    paklong97@gmail.com
    019-7421006

    ReplyDelete
  6. salam...
    saya berminat nak tahu pasal OD ni...walaupun saya banyal baca kat internet tapi saya masih tak dapat gambarannya.

    kalau ada banyak hutang dan diblacklist, masih layak ke untuk dipertimbangkan buat OD?

    harap sgt ada yang sudi membantu..tak tahan dah hidup berhutang ni...

    tq dari juliet

    ReplyDelete
  7. kalo combine dgn teknik asb loan lg best bosss... 100K, div: 8% = 8K (setahun)

    kalo combine dgn monthly saving dlm ASB tu? fuhhh....kate la simpan 1000 sebulan? asb loan byr 386/month, simpan dlm asb 1000/month = nk byr pakai ape nih? hehe...pakai OD la...ni cnth je


    kalo sethn 8K, 2 thn 16K (based on div 8%) ni kalo x wat pape la, kalo ade simpan cm kt atas tu?

    kalo x larat nk cover asb loan (386/month) kuarkan div 4K++ utk byr thn ke-2, sesambil tu, simpan gak dlm asb...heheh (byk dah save kt situ)

    DIVERSIFY PROFIT, CHECK & BALANCE....just sharing....sorry kalo salah bro....

    ReplyDelete
  8. tp pengiraan interest asb tu aku agak musykil sbb kite masukkn RM200(kl spt kiraan di atas). Bile asb byr dividen bkn atas lump sum RM2400. kire pro rate means kl msuk tgh tahun dpt separuh je dividen dia.kl salah tlg btol kn. Saya tgh study lg pasal mende ni

    ReplyDelete
  9. haah....asb pye div akan dpt full 8% kalo ko ade active simpan selama sthn. kalo x dpt la pro rate....ni ade dlm subject financial mgt

    ReplyDelete
  10. maksud "active simpan" tu?adakah every month mesti ade buat simpanan. Kl terskip 1bln,kire active x?mcm mane nk dptkn nota financial mgmt tu? Kl ade tlg email kt alamanda007@yahoo.com

    ReplyDelete
  11. lg satu pasal interest od tu, btol ke kiraaan 2400 setahunx6.75%.↲
    Bkn ke mcm ni↲
    1st month=200*6.75%/12↲
    2nd mth=400*6.75%/12↲
    3rd mth=600*6.75%/12 dan seterusnya

    ReplyDelete
  12. yup, active simpan tu means bln2 ko simpan duit dlm tu without fail...

    cara kira interest OD tu kurang tepat, nmpk mudah tp x semudah cmtu....lain sikit

    ReplyDelete
  13. maaf ye kl byk sgt tanye. Nk paham tol2 b4 amik sebarang kputusan. Active acc tu,kl setiap bulan mesti masuk same amount $200 ke? (as per case study kt atas).katekan kl tibe2 ade lebihan bln ke-6 msuk extra 1k=1,200.so,hujung tahun div asb kire 3400 atau 2400,yg 1k tu kire pro-rate.

    ReplyDelete
  14. cmnilah en anon, aku nk citer x pandai....try lawat blog bebas-hutang@blogspot.com....sesambil tu ;eh jgk refer kt http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=91767

    byk info leh dpt kt carigold.com ni aku start main OD, asbLoan pon dr sini

    ReplyDelete
  15. Berbeza info dari web ngan berguru ni..Hehe..Apa yg disampaikan tak semestinya sama..Kerana kita semua punya berbagai pendapat dan pandangan..En Jakethitam. Kalau boleh, bolehkah saya berguru?

    ReplyDelete